Tempahan dan Pemasangan

 

CARA MENEMPAH PRODUK :

1. )  ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI MENERUSI 3 SALURAN :

i.   Email : warisanseniukir@gmail.com
ii.  Page Facebook : Warisan Seni Ukir Kayu
iii. Tel / Whatsapp : 09 – 619 6339 / 013 – 922 8816

2. )  NAMA, LOKASI DAN PRODUK. Kenalkan diri dan lokasi anda beserta kriteria dan jenis produk yang anda berminat. Jika anda mempunyai gambar rujukan dari produk-produk kami yang terdahulu, adalah disarankan jika boleh dikepilkan sekali.

3. )  SAIZ RUANG ATAU SAIZ PRODUK. Kami menggalakkan para pelanggan kami menyertakan sekali saiz ruang atau saiz produk yang dikehendaki, sama ada dalam sistem ‘kaki dan inci’ atau ‘milimeter’.

4. )  GAMBAR RUANG ATAU PRODUK. Bagi memudahkan pihak kami untuk mencapai objektif pelanggan, gambar ruang atau gambar produk akan membantu memberi gambaran yang jelas tentang kehendak pelanggan.

5. )  LUKISAN REKA BENTUK DAN SEBUT HARGA. Setelah jelas tentang kehendak pelanggan, kami akan menyediakan lukisan cadangan reka bentuk beserta sebut harga untuk diteliti.

6.  )  DEPOSIT DAN BAYARAN. Jika pelanggan bersetuju, kami akan memaklumkan cara pembayaran.

PEMASANGAN DAN PENGHANTARAN

1. )  Khidmat pemasangan dan penghantaran bergantung kepada lokasi dan masa, beserta caj tambahan.

2. )  Pelanggan juga boleh mengambil sendiri tempahan di bengkel kami di Marang, Terengganu.